Daging Masak Hitam Manis

April 24, 2009 by JomMasak  
Filed under Malaysia, Masakan

daging-masak-hitam-manis

DAGING MASAK HITAM MANIS

Bahan-bahan:

500gm daging lembu, dipotong dan direbus bersama 1/2 cawan kicap

Bahan2 digoreng tanpa minyak dan dikisar kering:

2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar lada hitam

Bahan kisar basah:

3 Bwg putih
4 Bwg merah
1 inci halia
7 tangkai cili kering, direndam dulu

Rempah-rempah:

1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum buah pelaga
Sekeping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak utk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar basah. Masukkan rempah-rempah.
2. Masukkan daging yg telah direbus empuk. Kacau hingga mesra.
3. Masukkan bahan2 kisar kering dan asam gelugur. Tambah kicap jika perlu.
4. Masak sehingga kuah agak pekat. Siap dan boleh dihidang.

Oleh: Mama Jenn

Enter Google AdSense Code Here

Comments

2 Responses to “Daging Masak Hitam Manis”
  1. liza says:

    gambar hidangan kelihatan sebatang kulit kayu manis tetapi di mana kulit kayu manis nya di dlm respi?

  2. Sufyan says:

    tulang kot.. :)

    Neway,

    Dapatkan Logo Syarikat Anda – Professional Look..

    MODERN, EYE-CATCHY LOGO, UPDATED, EXPERIENCED DESIGNER, FLEXIBLE,
    GET YOUR LOGO NOW FOR YOUR BUSINESS!!

    Portfolio: Http://www.mosumart.weebly.com
    CONTACT NOW: mosumart@gmail.com or +6014-523 0284

Speak Your Mind

Tell us what you're thinking...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!